20 February 2009

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pada hari Jumaat,13 Februari 2009 hingga Ahad,15 Februari 2009 satu kursus untuk ahli-ahli pembimbing rakan sebaya (PRS) yang baru telah diadakan. Kursus ini telah dipimpin oleh 10 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk melatih ahli-ahli PRS yang baru untuk lebih agresif dan tidak pasif terhadap persekitaran sekeliling. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti 'ice breaking', latihan dalam kumpulan (LDK) , dan 'explorace'. Kursus ini berakhir dengan persembahan para peserta seperti bersajak dan bersyair.